CARIAN DI BLOG INI

Memuatkan ...

Khamis, 12 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU

Musim baru, Tahun Baru Azam Baru

Permulaan minggu persekolahan yang menyaksikan ibu bapa sibuk dengan anak masing-masing menyesuaikan diri dengan alam persekolahan baru tahun1 2012. Alhamdulillah 2 Jan 2012 mengendalikan sesi taklimat j-QAF kepada ibubapa tahun 1 . Semuanya berjalan lancar. Seterusnya bermulalah sesi persekolahan pada 4 jan 2012 anak sendiri begitu teruja untuk ke sekolah sehinggakan tengah malam terjaga pun bertanya "dah pagi ke belum abah?".  

Ragam hari pertama agak hiruk pikuk oleh kehadiran ibu bapa yang ramai dan tiba-tiba nama dipanggil untuk bacaan doa permulaan sesi persekolah pertama tahun ini. Arahan Guru Besar. Ulam sahaja walaupun sedikit gemuruh kerana tidak dimaklumkan awal.

Tahun ini suasana baru dengan GPK Kokurikulum dan GPK HEM baru. Ada beberapa perubahan dan sudah pasti perubahan itu untuk pembaharuan dan kebaikan...

Minggu kedua rasa kesibukan makin kurang ditambah pula dengan pendaftaran Kelas Agama Petang (KAP) dan penyelesaian lapor diri guru KAP dan pembahagian tugas serta jadual. InsyaAllah dapat diselesaikan dengan bantuan dan petunjuk dari Ya Allah. Sesungguhnya solatku, amal ibadah, pengorbananku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Mu tuhan sekalian Alam.

Berilah kekuatan untukku melaksanakan tugas ku sepanjang tahun ini ya Allah

Ahad, 11 Disember 2011

GERHANA BULAN



Fenomena yang berlaku apabila kedudkan bulan , bumi dan matahari berkedudukan selari di orbit. Ustaz mencadangkan solat sunat gerhana n banyakkan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W...Alhamdulillah mengikut cara dan suruhan Islam. 

Namun masih wujud lagi kepercayaan mengenai suatu keadaan atau ketika yang boleh berhajat apa sahaja pasti akan berlaku. Benar ada pandangan mengatakan bahawa pegang pokok kelapa yang tidak berbuah . niatkan berbuah maka akan berbuahlah pokok tersebut. Ada pula menurun no. ekor pun boleh... tentu mengena...ilmu hitam pun akan berkesan pada saat dan ketika sebegini...

Namun dilahat semula dari sudut Islam maka benar waktu gerhana adalah saat dan ketika doa dimakbulkan... maka sudah pasti (dengan izin Allah) hajat yang diinginkan terjadi. Namun yang merunsingkan kenapa no. ekor yang nak dipinta kenapa tidak keredhoan Allah yang kita damba....

Bagaimana pula pandangan sains...? http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_bulan

Rabu, 28 Julai 2010

MASIH ADA KE...?

Pengunjung yang dikasihi. Sudah 2 malam berturut2 terpaksa tidur lewat sekitar 4 pagi kerana anak jiran mengalami gangguan makhluk misteri yang mengubah sikap dan sifat semula jadi manusia yang beradab sopan dan bertatasusila. Ana tidak keruan kerana dengan mata sendiri menyaksikan peristiwa pelik tapi benar ini. Usai sahaja solat magrib kedengaran suara orang bertempit dan meracau-racau. Ana bergegas keluar dan dapati jiran tengah melambai2 memanggil seolah2 memohon pertolongan. Dengan pantas ana tiba betul2 di hadapan rumahnya. Apa yang ana dapati anak jiran sedang duduk bertapa seolah -olah sedang menyembah patung dan mulutnya kumat- kumit membaca sesuatu yang ana tidak pasti hujung pangkalnya. Apa sudah jadi?soalan pertama yang terkeluar dari mulut ini... Entah la ustaz dia dah masuk semula....apa yang masuk apa yang keluar... tanya hati ku...nasib baik tak terkeluar. Dia pun meneruskan ceritanya. Dah sebulan dah ustaz saya pergi merata tempat untuk buang benda ni tapi bila keluarkan dia masuk semula... anak saya dah jadi masam sami budha ustaz... berzikir2 lepastu terus pengsan dan bila bangun saja dah duduk bertapa macam patung budha....semula... Abang dah berubatke tanya ku... Dah merata tempat dah pergi ustaz... kat Melaka, KL, seremban dll.... Sabarlah abang... Saya nak cuba tetapi tiada ilmu yang cukup didada ini untuk mencuba... Sedikit bacaan fatihah dan ayatulkursi serta.... tiga kul..... namun ada sedikit tindak balas dari pesakit dan seterusnya pengsan. Kemuadian jadi semula... ana tak mampu sekadar itu sahaja yang dapat bantu... Ana rasa sepatutnya atau sekurang2nya biarlah sedikit ilmu berkaitan tib atau assyifa' ini kita pelajari. Terasa hampa juga kerana tidak dapat membantu jiran... Takut2 jika terjadi pada kita atau keluarga kita suatu hari nanti apa kita hanya bertindak sebagai penonton sahaja. Seterusnya perubatan yang digunakan sedikit kemusykilan bagi ana, mereka menggunakan ayat2 suci Allah Quran tetapi seterusnya menyeru khadam untuk membantu merawat pesakit... adakah dibenarkan oleh syarak. Terasa untuk bertanya kepada ustaz zaharuddin....insyaallah akan cuba...kenalpasti bacaan2nya dulu... Rawatan diteruskan dengan memanggil roh anak kepada sami besar di Thailand yang sudah mati seterusnya menggunakan badan pembantu tok uban(bkn. nama sebenar/bomoh, perawat) ... Melalui roh ini tadi bermulalah soal jawab dengan pesakit dan mendapati dia dihantar oleh orang yang benci kan keluarga ini...(keluarga yang di rawat)....Selain itu perjanjiannya dengan tuannya ialah antara hidup dan mati. Keluarga itu harus mati... lebih kurang begitulah dialognya...(Kebetulan orang sebelah itu memang bermasam muka dengan keluarga ini mungkin disebabkan ada perkara yang tak puas hati... Inilah syaitan... suka melaga-lagakan manusia. Walaupun ana dengar sendiri namun bagi ana ini adalah interaksi antara jin dgn. jin @ syaitan. Jadi seribu satu macam kemungkinan yang boleh berlaku....Bukankah syaitan telah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan anak adam hingga hari akhirat. Sudah tentu jika kita pandang pada mata kasar kita akan marah dan bengis, tetapi jika dipandang dengan mata hati pasti kita akan memujuk jiwa yang memberontak ini sabarlah dan ingat ini semua kehendak Allah bukan kerana makhluk. Akhirnya dengan pertolongan lebih seratus khadam2 mereka maka pesakit dapat dirawat... dan sedar diri serta terpingga2 seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku... Episod demi episod berlaku pada malam itu. Seterusnya adik pesakit pula yang terasa sakit... apabila dijampi oleh perawat maka baik semula sakitnya... Ana berharap peristiwa ini dapat diselesaikan dengan baik... Nasihat kepada mereka yang diluar sana. Janganlah gunakan perantaraan yang tidak betul cara untuk menyelesaikan masalah... Jika ada terasa hati dan sebagainya berbincang dan berterusteranglah... kerana jika dibiarkan akan menjadi barah... Begitu jika dengan yang meminta pertolongan selain Allah ... Berhati-hatilah kerana kita bimbang takut2 kita terlibat dengan amalan khurafat dan menyebabkan kesyirikkan kepada Allah.... Pastikan anda tidak bermain-main dengan perkara yang boleh mensyirikkan Allah...Berhati-hati dalam memilih cara perubatan...Sekarang ini dah banyak dah jalan alternatifnya... seperti perubatan asyifa'. klinik ustaz sharhan, ustaz harun din, dan lain2 lagi.... pilihlah........Namun persoalannya masih adakah pada zaman yang moden ini situasi yang saya ceritakan di atas tadiii.... sekadar untuk berkongsi dan yang baik sebagai tauladan yang buruk sebagai sempadan...

Isnin, 19 Julai 2010

Isra' wal Mikraj

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi Allah sekalian... Maaf lama menyepi dari ruangan ini. Almaklumlah banyak habiskan masa dengan anak cahaya mata ketiga yang baru lahir menjelang perasmian piala dunia 2010 yang lalu. Sempena sambutan Isra' dan Mikraj yang baru melabuhkan tirainya sedikit info yang rasa boleh kita kongsi bersama. Setiap kali solat kita membaca surah al-Fatihah @ sab'un mathani yang mengutarakan doa kita kepada Allah dan Allah menjawab setiap kalam yang kita ucapkan itu. Hamba Allah yang dikasihi, kita mohon pada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus iaitu tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Kami ya sahabat sekalian bukan saya, bukan tuan, bukan bos, bukan individu, bukan sipulan bin sipulan tetapi kami. Merujuk kepada semua hamba Allah du atas muka dunia ini. Oleh itu janganlah kita ikut jalan yang bengkok tuan2 dan puan2... Di Negeri Sembilan ni ada satu bukit yang popular jika hendak ke Kuala Pilah iaitu Bukit Putus. Ramai yang tak suka dengan bukit putus sebab jalannya bengkang bengkok... Maka sekarang jalan itu telah dilurskan dengan siapnya lebuhraya lekas yang hampir siap sepenuhnya tak berapa lama lagi..... Cuma da lah seorang dua yang masih menggunakan laluan bukit putus yang lama....Ini menunjukkan tak siapapun yang suka jalan yang bengkang-bengkok...Semua orang mencari jalan yang lurus... Ayuh mari kita sama2 cari jalan yang lurus untuk menuju Allah...... Sahabat yang dikasihi, Isra' dan Mikraj ini saban tahun kita sambut... Namun jika sambutan itu tidak memberi apa2 kesan pada jiwa dan hati kita apa gunanya... Mari kita periksa sama ada kita ada tak perubahan pada diri sendiri setelah banyak ceramah2 yang menarik dan ada yang menolak kita dengar... 1. Suka tak kita pada majlis ilmu....? 2. Apabila di bacakan ayat2 Allah bertambah tak keimanan kita? 3. Bagaimana perasaan kita apabila kita ada melakukan kesilapan? 4. Rajin tak kita berzikir dan mengingati Allah? 5. Ada tak taraf kita dari segi siddiq akan kata2 Allah dan Rasulnya...(Kita ikut tak)? 6. Ada tak solat subuh kita seperti solat hari raya atau hari jumaat di Masjid2 atau surau2 di Negara ini? Pengunjung sekalian tepuk dada tanya iman.... Ya Allah, Kurniakanlah kami iman yang murni yang penuh tulus ikhlasnya kepada mu... Berilah kami hikmah agar setiap tindak tanduk kami, amalan dan perbuatan kami serta niat kami tidak lari dari mengingati dan ikhlas kepada mu.... Ada tak iman kami seperti Mashitah yang harum bau kuburnya jika kami berada di tempatnya...? Ada tak kami seperti Abu Bakar yang tidak ada persoalan jika kata2 Nabi terus dibenarkannya... Adakah kami tergolong dari golongan orang yang meminta2 amanah untuk dipegang sedangkan yang ada berciciran.... Seolah memikul beban yang makin lama makin bertambah hingga berat sebelah bahu kami....Ada tak kami ini mendengar nasihat orang bawah seperti Rasul mendengar nasihat Nabi2 lain sedangkan baginda adalah penghulu segala nabi... Adakah kami ini golongan yang berjuang pada jalan Allah yang di gambarkan apabila menanam tanaman pada paginya dan terus boleh menuai hasilnya pada hari yang sama.... Ya Allah kami takut kami tak ketentuan manakah arah kami.....Peliharalah kami ya Allah.... Kami banyak berbelanja di dunia dengan duit yang ada... Kami beli apa sahaja yang kami rasa perlu, mengikut kehendak hati kami.... Namun kami bimbang jika di sana nanti kami tidak mampu untuk membeli apa yang kami mahu walaupun setitis air kerana wang kami sudah habis. wang kami tiada disebabkan kami tidak punyai wang yang banyak untuk dibawa kesana...mana kami hendak mengadu nanti ya Allah kami pasti akan rugi bila ke sana nanti... Alangkah bagus jika kami dapat sediakan wang yang banyak untuk berbelanja di sana... Maka kami bermohon dan merayu pada mu Ya Allah terimalah amal kami dan jadikanlah ia sebagai bekal untuk kami berbelanja di sana nati.(pahala ya pahala) ( wang ya wang) kalaulah pahala ditukar berbentuk wang, pasti ramai yang bekejar untuk buat ibadah dan amal terutama solat. Solat individu dapat RM1. Solat BErjamaah dapat RM27. Lepas salam malaikat datang beri nah amabil duit kau... Cuba kira kalau seminggu berapa kita dapat RM....... jika sebulan Rm........ dan setahun berapa RM kita dapat kumpul... Allah

Khamis, 1 April 2010

Kejohanan Sepak Takraw MSSM Daerah JJ

Assalamualaikum. Pengungjung yang dikasihi. Lama tak kemaskini blog nih... Bkn. tak berkesempatan tapi tak tak ade mood lah... Banyak hal benar nak pikiiir... Pun begitu hari ni ada sikit masa yang terluang so isilah sikit.... Semalam poi mesyuarat Kejohanan Sepak Takraw MSSM Daerah Jempol Jelebu untuk pertama kalinya pada tahun ini...
Biasanya pada tahun ini semua benda akan dimulakan dengan permberitahuan peruntukan zero.... Apa2 aktiviti sekalipun... namun sehari sebelum ni diumumkan MEB oleh PM... harap2 dapat tingkatkan ekonomi negara yang sebenarnya memang kaya dengan sumber ekonomi tapi masih bermasalah... Apapun semua sekolah yang hadir begitu teruja untuk meneruskan acara atas semangat sukan untuk negara... Saya tambah sukan untuk sihat dan kuat beribadat serta akan kuat ingat pada Allah dan dekat dengannya....
Kejohanan akan berlangsung 9 April 2010 di SK. Jempol... Saya begitu bersemangat nih sebab takraw ni adalah sukan yang paling diminati... Tapi sekadar wakil sekolah je lah marin... Dah lama latih budak2 nih namun masih belum puas hati kerana belum mancapai tahap yang diingini... Harap2 masa yang berbaki ni dapat memantapkan lagi anak2 didik yang dikasihi...
Tahun lepas Naib Johan Daerah... Harap boleh bertahan atau Naik lagi satu tingkat... Sebenarnya apa yang peting adalah usaha kita mendidik anak2 ini bersukan cara Islam ... itulah yang sangat penting... Pemain yang tutup aurat pun mampu melakukan yang terbaik untuk berjaya bukan yang pakai seluar pendek sahaja yang boleh... Saya amat berharap kejohanan kali ini dapat baiki kelemahan pada tahun lepas dari segi berpakaian dan pengisian kerohanian untuk anak2 ini.... Aminnnn.....

sayang nabi habib ali

BLOG KENDALIAN SAYA

sami'na waato'na

Listen to Quran