CARIAN DI BLOG INI

Memuatkan ...

Khamis, 23 Julai 2009

Isra' Walmikraj

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum pengunjung sekalian. Hari ni sedikit masa terluang teringat pulak ana dengan pengunjung semua. So apa lagi jari-jemariku ini mula lah menari rancak di atas papan kekunci notebook ni n ada lah beberapa b idea yang mencurah2 tapi tak sempat nak tulis coz lambat menaip so apa yang teringat je lah yeee..... Semalam tengah sendawa selepas makan aaaaaghhaaaa.......... teringat lak cakap ustazah zaidah (Guru KAFA SKTMS) "hari rabu malam khamis ni ada ceramah isra' walmikraj kat masjid aL Falah Taman Puan Chik. Mula surau tepi kubur yang nak buat, tapi bila meeting semula semua sepakat nak buat kenduri tu terus kat masjid je...." so ana pun cepat2 tukar uniform n poi lah capai kunci.... Zaujah ana tanya nak kemana bang... Poi masjid ma.... bahasa sapaan depan anak2 kalau berdua sayang... Malam ni ada ceramah isra' walmikraj ma... Tangan dah mula pegang tombol pintu rumah... anak yang kecil lak sapa abah nak kemana tu... jangan balik lambat....yeee bah...... Wah macam mama dia lak caranya... itulah anak2 ni bila selalu dengar cakap orang dewasa dia pun mula jadi dewasa.... yelah adik nanti abah balik awal tapi adik kena tidur dulu dengan mama... ok bah... so bermulalah perjalanan ke Masjid yang kira2 1/2 Km dari rumah... Sampai ke sana muqaddimah dah habis tapi sempat la dapat isi2 penting yang disampaikan oleh Ustaz dari Kuala Pilah ni yang ana hanya kenali sebagai Pendaftar Di Majlis Agama Islam Kuala PIlah coz tak sempat nak berkenalan sampai lambat.... Cerita isra' walmikraj ni bermacam2 cerita yang kita dengar. Jadi ustaz ini sarankan kita cari cerita yang sebenar, jangan dengar sahaja kita perlu cari maklumat dan cerita yang sebenar dari kitab2 yang sohih...yang muktabar .... yang rojih.... bukan buku biasa2 yang diambil dari cerita atas cerita.... wah cam no dengan buku yang ana baca... buku2 teks sekolah yang kita baca dan bahan2 dari internet.... ana keliru.... waaaaaaa............ Apapun betul juga apa yang dicakapkan coz kita sedia maklum pelbagai cara digunakan oleh orang yahudi untuk mengaburi mata kita dari mengetahui kisah sebenar dari sejarah Islam. Dalam al-Quran pun ada satu ayat sahaja tentang Isra' dan mikraj pun ada beberapa ayat sahaja.... Dimana bahan2 lain pasti dari kitab2 sirah dan kitab hadis...... so ada yang dhobit betul2 dan ada yang ditokok tambah kecuali yang sohih dan muktabar.... Yang kedua, Nabi Muhammad di iktiraf sebagai imam semasa solat di Masjidil Aqso Sebelum Mikraj oleh roh pada Anbiya' dan bermakna baginda di angkat oleh seluruh Nabi2 dan Rasul sebagai Ketua dan Penghulu segala Nabi2. Nabi2 lain semua dari bangsa yahudi... tetapi Nabi Muhammad seorang sahaja dari keturunan orang arab... Bermakna pemimpin yang diangkat adalah dikalangan orang Arab... Orang arab ni bijak jadi pemimpin, tetapi kenapa sekarang orang arab tidak mampu untuk memimpin seluruh umat Islam Yang lain seperti Rasulullah.??? Ada pula pendapat sekarang ini yang diharap menjadi pemimpin adalah orang asia... terutamanya orang Malaysia.. Kerana adab dan akhlak kita.... Pergi ke Makkah pun orang Arab cakap Malaysia Baguss.... era 90 han dahulu hingga sekarang. Namun poi Mesir orang kata orang malaysia duduk atas pokok lagi. Sebab kita memperkenalkan orang2 asli dan bangsa dayak dan kadazan di Sabah dan Serawak ke seluruh negara lain. Itulah yang mereka nampak pada kita orang Malaysia... Apa pendapat anda semuaaaa.......??????? Waba'din Nabi dibelah dadanya sebelum isra'.... Apa sobabnya tuan2 dan puan2... timbul persoalan lagi adakah nabi tak cukup Iman. Berapa kali agak2 nabi dibelah dadanya? 3 kali tuan2 dan puan2. 2 kali semasa berada bersama halimatun sa'diah dan 1 kali pada malam hendak isra' dan mikraj. Adakah ini bermakna nabi masih belum cukup tebal lagi imannya... Cuba kita fikir nabi isra' semasa tahun 13 Hijrah bermakna dah 12 tahun nabi dilantik sebagai nabi dan sudah pasti iman baginda sudah tebal. Tujuan di belah dada nabi dan di isi dengan iman dan hikmah adalah supaya baginda mampu berdepan dengan cabaran bagi menceritakan peristiwa isra' walmikraj. Agak2 jika kita yang menceritakan peristiwa itu ada tak orang yang percaya....??? Tentu ramai yang tak percaya dari percaya atau mungkin tak percaya langsung. Itulah cabaran nabi. sebab itu Allah isi dulu Iman dan Hikmah agar nabi bersedia untuk semua itu.... Lagipun nabai isra' dan mikraj di temani jibril buat apa nabi perlukan 2 perkara itu.... sudah pasti nabi tak perlukannya... kalau baginda takut pasti nabi tanya jibril ... apa2 hal pun baginda boleh minta pertolongan jibril... semasa isra' dan mikraj. Jadi iman dan himah itu adalah diperlukan selepas isra'dan mikraj agar nabi dapat menceritakan kepada umat baginda dan mereka boleh terima serta percaya dengan cerita baginda. Lagipun isra' dan mikraj ini adalah ujian keimanan kepada umatnya. Sebab itu selepas nabi menceritakan peristiwa yang tak masuk dik akal ini ramai umat baginda yang murtad semula pada ketika itu kerena mereka hanya ada kepercayaan kepada tuhan (Allah) bukan keyakinan mereka kepada Allah dan Rasul. Itulah punca ramai yang murtad kerana tidak yakin dengan Rasul Allah sedangkan apa yang disampaikan oleh nabi itu adalah benar belaka. Kerana terpelihara dari maksiat lantas di gelar maksum... Hikmah pula membolehkan nabi menggunakan metod yang sesuai serta cara yang tepat untuk menyampaikan cerita tersebut supaya umatnya tidak ragu2 dan tidak tergugat iman mereka. Seterusnya peristiwa isra' dan mikraj juga meruntun kita agar menjadi orang yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita tak kira siapapun dia. INI JELAS APABILA NABI maikraj bertemu dengan nabi 2 yang menjaga pintu langit. Nabi Ibrahim , nabi musa antara nabi yang memberi nasihat kepada Nabi Muhammad. Pesan nabi Ibrahim ambillah tanaman syurga ini agar kita ada bekalan besar bertemu Allah nanti... iaitu yang selalu kita amalkan selepas solat zikir subhanallah, walhamdulillah, walailaha illallah wallahu akbar.... Ustaz juga ada ceritakan tentang kes2 perceraian yang berlaku di pejabatnya. Antara nya kes yang bagi kita di anggap remeh. namun boleh menyebabkan perceraian.... Ada ka patut sebab berebut kain selimut pun boleh bercerai.... Hari hujan , kain selimut kecil so berebutlah hamba Allah ini dengan isterinya . isteri tarik selimut suami sejuk... suami tarik selimut isteri lak yang sejuk. so marah punya pasal teruk taruk talak 1 pada si isteri dah kecoh kat pejabat agama... ini semua sebab tak ada hikmah. kalau dia ada hikmah pasti dia tahu sabar dan salah seorang akan mengalah. itu barulah orang yang ada iman dan hikmah atau kebijaksanaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

,i.

sayang nabi habib ali

BLOG KENDALIAN SAYA

sami'na waato'na

Listen to Quran