CARIAN DI BLOG INI

Memuatkan ...

Rabu, 2 September 2009

RAMADHAN YA RAMADHAN

Salam ramdhan karim tuk semua pengunjung.
MOga2 puasa kita, ibadah kita, amal kita dan
segala tindak tanduk kita diberkati Allah.
Puas ana berfikir dan memikir akhirnya ari ini ana bernafsu benar untuk menitipkan beberapa ungkapan setelah sekian lama menyepi n menyendiri tanpa sebarang bual bicara n lontaran minda agar meghiasi ruangan yg lama tersedia. Ramadhan menghadirkan pelbagai rahmah sehinggakan tiada masa untuk bertukar2 pemikiran dan perkonsian ilmu yang bermanfaat untuk semua.
Hari ini hari ke 12 kita
melaksanakan tanggungjawab kepada Maha Pencipta
setelah mengaku beriman kepada Allah s.w.t.
Pengunjung yang dirahmati Allah. Ana terbaca dalam berberapa laman web n blog yang asyik berdebat tentang hadith mafhumnya
" Awal rahmah, pertengahan ma'firah, akhir pembebasan dari api neraka/dijauhkan dari azab api nereka"
ada yang berpendapat tak betul n tak boleh dijadikan hujjah serta rekaan dan sebagainya. Namun bagi ana apa sekalipun pendapat serta hujjah yang diutarakan merupakan ilmu kepada kita sebagai pembaca. Mungkin dalam situasi tertentu benar pendapat itu dan ada situasi tertentu boleh diguna pakai. Ianya berdasarkan waqi' tertentu atau suasana sesuatu tempat tertentu. Ada pula yang mengatakan ada hadith lain yang soheh yg menyokong hadith tersebut.
Bagi ana marilah kita beramal dan melakukan sesuatu yang baik kerana ianya adalah ibadah. NIat kita bukan untuk menunjuk2 kepada makhluk tetapi untuk Allah s.w.t. BUatlah sesuatu kebajikan itu walaupun sekecil zarah dan tinggalkan kejahatan itu walaupun sekecil zarah pasti ada ganjaran dan balasan yang setimpal dengannya.
Semalam sekolah ana melancarkan Bulan penghayatan Ramadhan 1430hijriyyah SKTMS. Panitia Pend. Islam bersepakat menganjurkan beberapa program antaranya:-
Kempen :
  • Membudayakan membaca Al-Quran
  • Menutup aurat di kalangan murid2 perempuan
  • Solat berjamaah atau "JOmsolat"

Program: Tadarus di kalangan guru2 dan staf SKTMS

Tadarus murid2 terpilih SKTMS

Tadarus murid2 tahun 6 selepas UPSR

Khatam al-Quran sebelum cuti

Tazkirah pagi n radio sekolah. di war-warkan kelebihan puasa, bulan ramadhan, dan solat tarawikh serta ganjaran pahala yang melimpah ruah serta bacaan ayat2 suci al-Quran dikeheningan pagi.

"Ramdhan dinanti, Kini kunjung tiba,

Amal ditagihi agar mendapat redha,

kuatkan hati cekalkan minda,

merebut keberkatan dan ganjaran selagi umur masih ada.

0 ulasan:

Catat Ulasan

,i.

sayang nabi habib ali

BLOG KENDALIAN SAYA

sami'na waato'na

Listen to Quran