CARIAN DI BLOG INI

Memuatkan ...

Isnin, 19 Julai 2010

Isra' wal Mikraj

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi Allah sekalian... Maaf lama menyepi dari ruangan ini. Almaklumlah banyak habiskan masa dengan anak cahaya mata ketiga yang baru lahir menjelang perasmian piala dunia 2010 yang lalu. Sempena sambutan Isra' dan Mikraj yang baru melabuhkan tirainya sedikit info yang rasa boleh kita kongsi bersama. Setiap kali solat kita membaca surah al-Fatihah @ sab'un mathani yang mengutarakan doa kita kepada Allah dan Allah menjawab setiap kalam yang kita ucapkan itu. Hamba Allah yang dikasihi, kita mohon pada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus iaitu tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Kami ya sahabat sekalian bukan saya, bukan tuan, bukan bos, bukan individu, bukan sipulan bin sipulan tetapi kami. Merujuk kepada semua hamba Allah du atas muka dunia ini. Oleh itu janganlah kita ikut jalan yang bengkok tuan2 dan puan2... Di Negeri Sembilan ni ada satu bukit yang popular jika hendak ke Kuala Pilah iaitu Bukit Putus. Ramai yang tak suka dengan bukit putus sebab jalannya bengkang bengkok... Maka sekarang jalan itu telah dilurskan dengan siapnya lebuhraya lekas yang hampir siap sepenuhnya tak berapa lama lagi..... Cuma da lah seorang dua yang masih menggunakan laluan bukit putus yang lama....Ini menunjukkan tak siapapun yang suka jalan yang bengkang-bengkok...Semua orang mencari jalan yang lurus... Ayuh mari kita sama2 cari jalan yang lurus untuk menuju Allah...... Sahabat yang dikasihi, Isra' dan Mikraj ini saban tahun kita sambut... Namun jika sambutan itu tidak memberi apa2 kesan pada jiwa dan hati kita apa gunanya... Mari kita periksa sama ada kita ada tak perubahan pada diri sendiri setelah banyak ceramah2 yang menarik dan ada yang menolak kita dengar... 1. Suka tak kita pada majlis ilmu....? 2. Apabila di bacakan ayat2 Allah bertambah tak keimanan kita? 3. Bagaimana perasaan kita apabila kita ada melakukan kesilapan? 4. Rajin tak kita berzikir dan mengingati Allah? 5. Ada tak taraf kita dari segi siddiq akan kata2 Allah dan Rasulnya...(Kita ikut tak)? 6. Ada tak solat subuh kita seperti solat hari raya atau hari jumaat di Masjid2 atau surau2 di Negara ini? Pengunjung sekalian tepuk dada tanya iman.... Ya Allah, Kurniakanlah kami iman yang murni yang penuh tulus ikhlasnya kepada mu... Berilah kami hikmah agar setiap tindak tanduk kami, amalan dan perbuatan kami serta niat kami tidak lari dari mengingati dan ikhlas kepada mu.... Ada tak iman kami seperti Mashitah yang harum bau kuburnya jika kami berada di tempatnya...? Ada tak kami seperti Abu Bakar yang tidak ada persoalan jika kata2 Nabi terus dibenarkannya... Adakah kami tergolong dari golongan orang yang meminta2 amanah untuk dipegang sedangkan yang ada berciciran.... Seolah memikul beban yang makin lama makin bertambah hingga berat sebelah bahu kami....Ada tak kami ini mendengar nasihat orang bawah seperti Rasul mendengar nasihat Nabi2 lain sedangkan baginda adalah penghulu segala nabi... Adakah kami ini golongan yang berjuang pada jalan Allah yang di gambarkan apabila menanam tanaman pada paginya dan terus boleh menuai hasilnya pada hari yang sama.... Ya Allah kami takut kami tak ketentuan manakah arah kami.....Peliharalah kami ya Allah.... Kami banyak berbelanja di dunia dengan duit yang ada... Kami beli apa sahaja yang kami rasa perlu, mengikut kehendak hati kami.... Namun kami bimbang jika di sana nanti kami tidak mampu untuk membeli apa yang kami mahu walaupun setitis air kerana wang kami sudah habis. wang kami tiada disebabkan kami tidak punyai wang yang banyak untuk dibawa kesana...mana kami hendak mengadu nanti ya Allah kami pasti akan rugi bila ke sana nanti... Alangkah bagus jika kami dapat sediakan wang yang banyak untuk berbelanja di sana... Maka kami bermohon dan merayu pada mu Ya Allah terimalah amal kami dan jadikanlah ia sebagai bekal untuk kami berbelanja di sana nati.(pahala ya pahala) ( wang ya wang) kalaulah pahala ditukar berbentuk wang, pasti ramai yang bekejar untuk buat ibadah dan amal terutama solat. Solat individu dapat RM1. Solat BErjamaah dapat RM27. Lepas salam malaikat datang beri nah amabil duit kau... Cuba kira kalau seminggu berapa kita dapat RM....... jika sebulan Rm........ dan setahun berapa RM kita dapat kumpul... Allah

0 ulasan:

Catat Ulasan

,i.

sayang nabi habib ali

BLOG KENDALIAN SAYA

sami'na waato'na

Listen to Quran