Permulaan minggu persekolahan yang menyaksikan ibu bapa sibuk dengan anak masing-masing menyesuaikan diri dengan alam persekolahan baru tahun1 2012. Alhamdulillah 2 Jan 2012 mengendalikan sesi taklimat j-QAF kepada ibubapa tahun 1 . Semuanya berjalan lancar. Seterusnya bermulalah sesi persekolahan pada 4 jan 2012 anak sendiri begitu teruja untuk ke sekolah sehinggakan tengah malam terjaga pun bertanya "dah pagi ke belum abah?".
Ragam hari pertama agak hiruk pikuk oleh kehadiran ibu bapa yang ramai dan tiba-tiba nama dipanggil untuk bacaan doa permulaan sesi persekolah pertama tahun ini. Arahan Guru Besar. Ulam sahaja walaupun sedikit gemuruh kerana tidak dimaklumkan awal.
Tahun ini suasana baru dengan GPK Kokurikulum dan GPK HEM baru. Ada beberapa perubahan dan sudah pasti perubahan itu untuk pembaharuan dan kebaikan...
Minggu kedua rasa kesibukan makin kurang ditambah pula dengan pendaftaran Kelas Agama Petang (KAP) dan penyelesaian lapor diri guru KAP dan pembahagian tugas serta jadual. InsyaAllah dapat diselesaikan dengan bantuan dan petunjuk dari Ya Allah. Sesungguhnya solatku, amal ibadah, pengorbananku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Mu tuhan sekalian Alam.
Berilah kekuatan untukku melaksanakan tugas ku sepanjang tahun ini ya Allah

0 ulasan:
Catat Ulasan
,i.